Sunday, 29 April 2012

BIcARa RaSaKu (2) !!!!!

salam buat rakan-rakan seperjuangan !!!
Sejak kebelakangan ini, aku sering bersekang mata bangun seawal jam 2 pagi untuk menyiapkan tugasan demi tugasan yang perlu dihantar kepada pensyarah dalam waktu terdekat.. Suka juga berjaga waktu sebegini kerana idea datang mencurah dan tiada gangguan... Padaku semester 2 ini menghidangkan peluang terbaik untuk aku dan rakan-rakan PJJ mula mengenali apa itu BLOG...Terima kasih kepada pensyarah UPSI yang memberikan kerja kursus yang kurasa paling mencabar semester ini.dan paling menarik serta menyeronokkan.Terima kasih buat Cik Asmara Alias, tutor e-learningku yang paling unik namanya...Aku suka..nama secantik orangnya...
             CHEKGU CHEKGI.COM...itulah nama blogku yang boleh dilayari  di sini....http://chejazz.blogspot.com/
Sebelum ini aku sering singgah di bog puteri kesayanganku...http://fifiezainol93.blogspot.com/
Puteriku inilah yang banyak membantuku, membimbing dan memberikan idea terbaik untuk menghasilkan buah tanganku dalam menyempurnakan kerja kursus membina blog pembelajaran kali ini.Terima kasih juga buat Lynda , puteriku juga yang sama-sama membantuku dalam segala hal berkaitan blog ini. Tidak lupa jua buat putera sulungku..Khairul Syahmi yang tidak jemu-jemu membantuku memasukkan video  pengajaranku dan mengedit lembaran kerja.. Terima kasih rakan-rakan PJJ yang banyak memberikan tips dan info yang sangat  berinformasi di samping menjadi 'followers' setiaku....Terima kasih yang tidak terhingga buat kalian semua..Jasa dan budi kalian kan kukenang sehingga ke akhir usia...
           
BLOG menjadi tempat aku mencurah rasa, Rasanya jika sehari akau tidak melayarinya.. rasa kurang lengkap diari kehidupanku..hebatkan penangan blog ni..Itulah diriku kini...Rasa kepuasan yang tidak terhingga apabila aku berjaya menghasilkan pautan link dengan laman  web pembelajaran yang lain dan link terjemahan Al-Quran  yang diajar oleh azianismail di samping memuatnaik  video pengajaran dan pembelajaran. Perkongsian ilmu sering dikongsi bersama dengan rakan-rakan PJJ di facebook ....http://www.facebook.com/groups/119710001469216/
                         
Pelbagai info berguna berkaitan blog kami coretkan di ruangan tersebut.. Walaupun perhubungan hanyalah di alam maya namun padaku persahabatan antara kita tetap erat dan mesra biarpun kita hanya kenal nama dan rupa sahaja. itu sudah cukup buat kita dan jika diizinkan Allah pada tahun 2015 nanti kita pasti bersua muka sewaktu majlis konvokesyen kita kelak. Semoga Allah merestui dan mengabulkan doa dan harapan kita bersama...Puncak UPSI kan kita daki kembali bagi menerima penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan dalam usia yang berbunga senja ini...Semangat dan usaha kita tetap kental dan utuh  meneruskan perjuangan menimba ilmu pengetahuan bagi mempersiapkan diri dengan ilmu yang penuh di dada.

        Berburu ke padang datar,
              Dapat rusa belang kaki;
                          Berguru kepalang ajar,
                                 Bagai bunga kembang tak jadi.



            *SEKALI MENJADI GURU...SELAMANYA  GURU*
       

2 comments:

  1. Tahniah Jaz. Mudah2an kejayaan milik kita.
    http://azianismail65.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. tq azian.. ya.. smoga penat lelah kita menghasilkan buah yg manis...

    ReplyDelete