Thursday 29 March 2012

share together.!

selamat malam semua..
cuma berkongsi sesuatu..hayati laa liriknya..!!

Sunday 11 March 2012

ASIGNMENT!!!!!!!!!!! KEMBALI LAGI.......

Kni aku melangkah kaki ke sem 2 yang semakin mencabar tugasannya..kembali menyibukkan diriku dengan membalas respon tajuk-tajuk yang diberi oleh lec.. Sem 2 ni aku berazam untuk menyiapkan segala 
tugasan lebih awal dan memberi respon dalam group forum  lebih cepat berbanding sem 1 dlu.. Alhamdulillah setakat ini aku telah mengotakan janjiku.. Cuti sekolah ini  lebih memudahkanku ntuk menghadap laptop...ideapun mencurah datang kata kau........

yang paling aku suka sem 2 ni we all kena buat blog sendiri.. Memang syok giler...bangga gak la sebab aku dh ada blog sendiri.. mula lah tangan  laju je nk mencurah rasa..bahan asgnment pun dah mula dikumpulkan... Susah jugak rupanya nak buat blog ni.. So aku ucapkan terima kasih yg tak terhingga kpad anak -anakku.. fifie dan lynda yg banyak membantuku menghasilkan blog ku ini..Jasa  kalian sentiasa dalam ingatan umi..

Cuti kali ni nampaknya dok rumah je la.. buat asignment...hubby pun xde ke Kuantan  So, tinggal aku dengan anak-anak je..x sume anak-anak dpt balek bkumpul ramai2..Sunyi gakla ...

Sapa2 yg sudi singgah blog aku ni.... tinggalkan jejak anda .. bagilah pendapat ke cadangan  ke ..ape2 jelah yg boleh kita kongsi bersama....

Chow dlu...





Friday 9 March 2012

KAWAN BUKAN 1 TAPI BERJUTA....

Kawan bukan "1" tapi berjuta,
Bukan untuk diguna tapi untuk dijaga,
Bukan untuk dimusuhi tapi untuk disayangi,
Bukan untuk sementara tapi untuk selamanya,
Bukan untuk dilupa tapi  untuk diingati,
Bukan untuk ditinggalkan tapi untuk dirindui,
Bukan hanya di sini tapi di mana-mana,
Bukan setakat di sini tapi HINGGA HUJUNG NYAWA  ..

Ya Allah..
 Sentuhilah hati sahabatku ini, saat dia jauh dari-Mu,
Peluklah hatinya saat dia mencintai sesiapa lebih dari-Mu,
Peliharalah imannya selalu ya Allah...Amin.....

Untukmu SAHABAT..
Aku menadah  tangan berdoa memberitahu..TUHAN  aku bersyukur,
Kerana Allah telah mengurniakan seorang sahabat sepertimu kepadaku...
Ya Allah..
Kumohon agar Engkau sentiasa mencurahkan rahmat-Mu kepada
Sahabatku itu..
Wahai sahabat..
Aku berjanji.
           "Jika semalam aku adalah sahabatmu.. Hari ini aku masih lagi sebagai sahabatmu ..
                dan jangan risau mengenai hari esok...aku akan sentiasa menjadi sahabatmu..."

Itulah janjiku kepadamu wahai sahabatku..
& itulah hadiahku kepadamu..
Kesetiaan seorang sahabat...

SaHaBaT...
Kita berjumpa kerana takdir,
Kita berkawan kena kasih sayang...
Dan.. kita berpisah kerana cita-cita.......